Tuesday, September 25, 2012

Lawas

Assalamualaikum / Salam Sejahtera...

 Gambar ini adalah gambar pada majlis Amai-amai Kadayan 2011. Masyarakat LUN BAWANG telah dijemput membuat persembahan di pentas ketika Majlis 'Amai-Amai Kadayan' Lawas menunjukkan betapa eratnya hubungan sesama kaum di sini. KB sangat-sangat KESAL di atas apa-apa jua perkara yang berlaku yang merosakkan keharmonian sesama kaum di negara ini. Bagi KB sendiri membunuh adalah suatu perkara yang tidak dapat diterima sama sekali walau apa-apa jua alasannya. Apa yang sudah terjadi pada anak-anak zaman ini? Maka haruslah dibuat kajian sesuatu itu berlaku pasti ada sebab-sebabnya, negara kita mempunyai undang-undang yang mana setiap masyarakat perlu mematuhinya seperti yang termaktub dalam Rukun Negara. Sekiranya KB mempunyai suatu kuasa, pasti akan KB gunakan kuasa itu untuk mengulang kembali masa supaya perkara itu tidak berlaku, KB pasti kita sama-sama TIDAK mahu perkara yang tidak baik berlaku walau kepada sesiapa pun jua. Walau bagaimanapun, apabila sesuatu perkara itu telah terjadi, apakah yang harus kita lakukan? Pihak-pihak berwajip yang telah diberi kuasa seharusnya tahu apa yang perlu dilakukan, yang terbaik untuk menangani masaalah ini. KB tetap percaya bahawa keharmonian kaum adalah asas utama di dalam hidup bermasyarakat. Sebarang masalah yang timbul haruslah diselesaikan segera. Siapa pun kita kembalilah pada asas kehidupan, hidup perlukan keamanan, kedamaian & keharmonian.. Sebenarnya KB memikirkan bahawa tidak perlu membuat komen yang panjang tentang perkara ini. Sekadar untuk mengingati diri sendiri tentang apa yang berlaku, dimanakah silapnya??
 KB memohon maaf di atas komen tentang perkara ini sekiranya menyentuh hati sesiapa.

 Sekian.
[subuk-subuk subalah dinding, manyampiee di pisuk-pisuk, tumbie-tumbie di sieng, maista saiyani kalamaie & isuk..]