Thursday, November 25, 2010

Kadayan Nuot Uja Muzium Labohan

Assalamualaikum..
Kadayan mun nuot uja Muzium Labohan:
Kaum Kedayan yang dikenali juga sebagai orang darat di Brunei adalah rumpun bangsa Melayu beragama Islam yang merangkumi hampir separuh populasi Labuan bersama-sama kaum Melayu Brunei. Perkataan Kedayan telah diberikan pelbagai tafsiran oleh para pengkaji bagi menggambarkan asal keturunan kaum ini. Sebahagian besar pengkaji memberikan pengertian Kedayan sebagai pengiring raja dan berasal dari Jawa. Dalam konteks ini, mereka memiliki kekuatan dan kesetiaan untuk mengawal rajanya. Semasa British menyerang Brunei pada tahun 1846 contohnya, Sultan Omar Ali Saifuddin telah dilindungi oleh pengiring-pengiring baginda termasuk orang-orang Kedayan diketuai oleh Orang Kaya Setia Bakti Abdul Kadir. Pendapat lain menyatakan perkataan Kedayan berasal daripada kata 'kadai' (berdagang), menggambarkan orang Kedayan sebagai orang yang berdagang (orang bakadai). Terdapat juga kajian yang mengaitkan kaum Kedayan dengan Banjarmasin berdasarkan persamaan dialek. Sepertimana kaum Melayu Brunei, kaum Kedayan juga adalah golongan terawal mendiami Labuan selepas berhijrah dari Brunei. Walaupun tiada rekod yang nyata, perpindahan mereka ke Labuan sebahagian besarnya dipercayai berlaku semasa pentadbiran British yang didorong untuk mencari kawasan pertanian yang subur dan baru walaupun telah ada yang menatap di Labuan sejak zaman Kesultanan Brunei. Petempatan utama kaum Kedayan di Labuan adalah di Kampung Bukit Kuda, manakala sebahagian yang lain tertumpu diKampung Pantai, Durian Tunjong, Lajau dan Bukit Kalam serta sebahagian kecil di Ganggarak,Layang-Layangan, Sg. Labu, Sg. Miri dan Pohon Batu. Tradisi pekerjaan kaum Kedayan adalah sebagai petani khususnya penanaman padi dan mereka sememangnya dikenali sebagai kaum yang memiliki kerajinan tangan serta berpengetahuan tinggi dalam perubatan tradisi. Kaum Kedayan hari ini tidak lagi tertumpu kepada kepada pertanian sebagai pekerjaan utama, sebaliknya ramai yang telah menceburi bidang profesional, perekonomian dan menjadi pemimpin politik terkemuka.