Monday, January 25, 2010

Akhirnya... 1k.



Assalamualaikum...

Amat seronok melihat bangsa Kadayan berforum di KKS. Setelah sekian lama menanti..[tidaklah begitu lama, sekejap saja sebenarnya..]Kini angka KKS mencapai 1000 ahli, angka inilah yang saya nanti-nantikan. Akhirnya tiba juga saat itu. Saya melihat KKS sebagai sesuatu yang dapat menghimpun suku dari keturunan Kadayan akan terus kukuh dan relevan dimasa-masa akan datang. Semoga KKS akan terus maju.. seiring masa yang berlalu..

Subuk2 subalah dinding..
Kadayan Banaa.

Wednesday, January 13, 2010

Jalan-jalan malihat jalan..

Jalan bisia...
Jalan bisia balapis-lapis... Jalan bisia batingkat-tingkat...




Jalan kami...

Jalan kami kakal bahabuk..
Sambat malamaie.. Musim silih batukaa baganti.. kakal tah jua camani.. Daiee damit sampai ka basaa.. daie muda sampai ka tuha.. subuk2 jua haibulan atu.. haibulan di dinding di mija di hinpon.. tahun duaibu sapuluh sudah kaang ani.. kakal tah kami lalu sini.. sabab ani tah saja yang kami ada.. mangkali tah jua ani yang layak untuk kami nganya.. Sadangkan ngapaya alun-alun bisia ba-tar daie simpang-simpangnya sampai ka pohon tangga?.. Owang tuha paninian kami nda lagi ada... sampai kami pun ka nuhun mangkali, masipun nyatu.. buat tia saja alun-alun ani.. masipun bukan untuk kami... buat tia untuk anak cucu kami... buat tia sampai ka bakut kubuu kami... sabab bisia atu anak bangsamu... bisia atu pribumi.. bukan owang lain... kita saampun..saampun buluh sipun disiing tumbie2 tatap saampun jua.. jan kau nafi kan haknya. cukup tah kami saja!


2010 basaa haapan.
#subuk-subuk subalah dinding... maista-ista...#
Kadayan Bana.
Wassalam.

Sunday, January 10, 2010



Salam kadayan.. ke mana halatuju mu.. perjalanan yang masih jauh dan panjang.. ada dalam tiada.. bukan hilang, tapi ke mana... Kilala-kilala paadian mu.. anak cucu mu kakal ada sini...

#KadayanBanaa - Tumbiee2 di siing#

Thursday, January 7, 2010

Komen pada 06thJan2010 - http://komunitikadayansejagat.blogspot.com/2010/01/kempen-1-ahli-fb-kks-5-ahli-baru.html#comments

Kadayan Banaa menyokong kempen ahli baru FB KKS..

Wadah perjuangan - KKS sebagai suatu wadah perjuangan bangsa kadayan, mengekalkan adatresam, budaya dan bahasa. Berkunjung ke KKS seakan berada di perkampungan kadayan, adalah terlalu baik sekiranya kita dapat menggunakan kecanggihan ICT untuk komuniti kita. Rasanya lebih hebat dari zaman org2 tua kita dahulu, sekarang kita dpt berhubung diserata tempat. Berkongsi gambar2 ditempat masing-masing, kemudian memberi komen antara satu sama lain.

Sedikit perbezaan - Saya melihat sedikit perbezaan di antara kita dlm cara penulisan bahasa kadayan itu sendiri. Adalah agak sukar untuk kita menyeragamkan tulisan dari tiap-tiap daerah dan negeri. Orang-orang dari Sarawak misalnya lebih suka menulis dengan menghidupkan huruf 'k' di setiap hujung tulisan. Huruf 'k' bukanlah sukar difahami walaupun agak janggal sedikit bagi org2 dari Sabah & Labuan, ianya sekadar cara untuk menunjukkan perkatan itu 'ditekan' sedikit sebutannya. Saya tidak melihat ini sebagai suatu masalah, melainkan 'kelainan' itu adalah sesuatu yg 'unik' bagi setiap diantara kita, agar lebih memahami antara satu sama lain.

Cabaran yg mendatang - Namun janganlah kita lupa, di saat kegembiraan itu hadir, di saat itu juga akan ada banyak cabaran2 yg datang. Akan ada segelintir yg mencabar keharmonian KKS. Jangan risau.. terlalu sedikit org yang begini. Berlipat kali ganda lagi org yang menghargai KKS. Apa maknanya.. memperlekehkan orang lain.. menjatuhkan orang lain.. ini bukan perkara baru. Kita sudah tidak heran lagi dengan perkara2 sebegini. Mustahil kita tidak dpt berfikir mana yg baik, mana yg buruk. Kita sama2 faham sudah. Bagi saya, setiap post/thread yg dihantar orang begini, tak perlulah kita reply. Biar dia dgn dunianya, jgn komen apa2, pasti ia akan berhenti di situ. Jika disambung2 lagi akan panjanglah dia.

Tuan-tuan, puan-puan, abang2 dan adik2 ku, siapakah kadayan atu mun bukan diie.. Jatuh kadayan atu haatinya kita tah yang jatuh.. hina kadayan atu haatinya kita tah yg hina...
Ooo uang kadayan, junjung tah bangsamu di muha bumi Tuhan ani..

Kadayan Banaa bukan untuk mempengaruhi sesiapa, sekadar menulis yg ada di kaban pikieannya, bainut tia mangunduu diie dgn maap, Yg baik datang daie Allah, yg buuk daie 'Kadayan Banaa' sandiie.

Subuk2 subalah dinding..
Manyampiee di pisuk2..
Wasalam.

Wednesday, January 6, 2010

Komen pada 20thDec2009 - http://komunitikadayansejagat.blogspot.com/2009/12/penipuan-di-kadayan-kedayan-kalakati.html#comments

Bismilahhirrahmannirrahim..

Sekadar pandangan secara bebas.

Asalamualaikum..
Secara jujur dan ikhlas saya memberi pandangan yg tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak. Kekalutan yg melanda KKS ini rasa-rasanya disebabkan oleh idealogi politik yg melanda KKS. Tuan Cobra telah menimbulkan masalah2 Pendatang Tanpa Izin di Sabah. Yang mana masalah pemberian IC kepada PTI ini beliau telah bangkitkan di dlm KKS, berdasarkan prinsip bahawa KKS sepatutnya lebih terbuka dan akan memihak kepada beliau. Tetapi ternyata di dalam hal tersebut, KKS yg mempunyai ramai ahli yg bukan sahaja terhad di kawasan Kota Kinabalu Sabah. Tetapi juga dari Labuan, Sarawak dan entah dari mana saja ahli yg melayari internet yg mungkin tidak mempunyai masalah serius dari segi IC dan PTI ini telah merasa isu-isu politik tidak sesuai dibangkitkan di dalam KKS. Saya berpendapat bahawa ahli-ahli KKS menyokong pendapat Tuan Cobra tersebut dan saya sendiri yang berasal dari negeri Sabah ini menyokong pendapat Tuan Cobra tanpa sedikit pun mengatakan ianya salah. Saya masih percaya sehingga sekarang ini tidak ada kaum Kadayan di KKS yang menyokong pemberian IC kepada PTI. Siapa yg ingin negerinya dihuni pendatang.. Berbalik kepada isu PTI ini, thread2 yg dihantar Tuan Cobra sering kali mendapat tentangan sebilangan ramai ahli KKS. Tuan Cobra seorang yg baik di dalam perjuangannya seharusnya boleh menerima pandangan ahli KKS yang lebih besar majoritinya untuk mengharapkan beliau tidak bermain politik di dalam KKS. Adalah lebih baik bercerita perkara adat2 tradisi kadayan, cerita2 lucu dan sebagainya di dalam KKS. Ini adalah hakikat KKS yg harus diterima, itu yg kaum kadayan KKS kehendaki. Tuan Cobra seorang yang matang sepatutnya lebih tahu ke mana saluran yg harus digunakannya berbanding KKS. Adalah tidak adil menuduh Kadayan Pengecut, hanya kerana di KKS mereka tidak menerima isu2 PTI, sedangkan di luar KKS mereka juga menerima apa yg disuarakan Tuan Cobra. Beberapa ahli juga mungkin menyokong Tuan Cobra tetapi tidak menyuarakan secara terbuka di dalam KKS.

Kemudian, wujud ahli2 baru yang ternyata, seakan memporak-porandakan KKS. En. Onchee misalnya membawakan karakter seorang yang seakan-akan tidak beradab. Dia akan membuat komen2 yg memperlekehkan orang lain. Beliau sendiri mungkin seorang yg tidaklah teruk sangat di dlm keadaan yg sebenar. Ini semua hanyalah rekaan. Jika dilihat akaun FB En. Onchee ni mmg baru dibuka di FB. Wall nya kosong! Terbaru - Kemunculan Kala Kati, ternyata akaun FB yg digunakan ini baru untuk mewujudkan satu karakter dengan pandangannya sendiri. Kala Kati telah mewujudkan Kadayan Kedayan Kalakati.

Isu klon - Beberapa orang telah di klon!! Tuan Cobra, Onchee, En. Samat Kasah, Ho Liau... telah di klon. Kali ini betul2 hilang keharmonian KKS. Saya sendiri merasa sedih. Kenapa kita harus terkeliru, bukankah kita sendiri boleh membuat semakan profile tiap2 orang yang menghantar komen tersebut?? Cabaran2 ini membuatkan beberapa ahli lupa diri.. En. Zulkipli & En. Asdey misalnya, mengeluarkan kata2 kesat yg sebelum ini tidak pernah terdengar di KKS. Inilah yg berlaku jika anak kadayan tercabar..

Isu Kedayan & Kadayan - Mengenang kembali isu penggunaan KEDAYAN & KADAYAN, saya melihat bahawa En. Samat Kasah lebih memihak kepada pengunaan kedayan berbanding kadayan, dgn mengemukakan segala hujah dan bukti akhirnya membuat ruangan untuk ahli2 KKS membuat undian. Apabila keputusan undian dibuat. Ternyata ahli KKS memihak kepada kepada perkataan KADAYAN. Tentunya satu cabaran bagi En. Samat tetapi saya percaya beliau lebih mementingkan KKS berbanding kepentingan sendiri. Terima kasih...

Penyelesaian telah ada - Adalah lebih baik membuat penyelesaian, berbanding bergaduh sesama sendiri. Saya telah melihat penyelesaian memang wujud apabila munculnya Komuniti Dunia Kadayan sebagai satu alternatif bagi ahli-ahli. Bagaimana kita menggunakan Komuniti Kadayan Sejagat(KKS) dan Komuniti Dunia Kadayan(KDK) sebagai satu penyelesaian? KKS biarlah dengan identitinya sepertimana dahulu. Manakala di KDK pula sesiapa yg ingin bercerita lebih terbuka tentang politik, tentang isu2 IC, tentang PTI, atau tentang isu2 yg baru, mungkin isu2 kepincangan kerajaan yg tidak disenangi dibincangkan di KKS maka kita bincangkan di KDK. Pasti ada ahli2 KKS yg mungkin berminat membincangkan hal tersebut memandangkan di kawasan mereka mungkin belum terbela, terlalu mundur, jalanraya pun belum di buat!!. Hal2 begini kita bincang di KDK. Seseorang boleh saja menjadi ahli KDK & KKS sekaligus. Bincangkan mengikut kesesuaian, hormati pendapat dan hak sesama ahli. Kali ini pasti kita lebih kukuh!!

Tuan-tuan, puan-puan, abang2 dan adik2 ku sesama Kadayan, indakah diie sadih malihat kadayan sama2 kadayan macam ani?? Siapa kian diie kita? Kita tah Kadayan atu bah.. Jan tah kita taus2 camani. Jatuh kadayan atu haatinya kita tah yang jatuh.. hina kadayan atu haatinya kita tah yg hina... Ooo uang kadayan, junjung tah bangsamu di muha bumi Tuhan ani..

'Kadayan Banaa' bainut mangunduu diie dgn maap, Yg baik datang daie Allah, yg buuk daie 'Kadayan Banaa' sandiie.

Sekadar manumpang di pisuk2..
Wasalam.

Tuesday, January 5, 2010

Subuk-subuk subalah dinding.. -Pengertian-

Subuk-subuk subalah dinding... Saya maksudkan sebagai diumpamakan seorang yang memerhatikan sesuatu perkara, memerhatikan perkara itu dari jauh dan memberi komennya tersendiri. Tidak mengharapkan pandangannya disokong, hanya memberi komen dari pandangannya tanpa pengaruh dari mana-mana pihak.

Manyampiee di pisuk-pisuk... Saya maksudkan sebagai diumpamakan seorang yang berada di suatu sudut yang terpencil kedudukan/tempatnya terasing sedikit dari orang lain. Dia lebih suka begitu tanpa menunjuk-nunjukkan diri.

Tumbiee-tumbiee di siing... Saya maksudkan sebagai diumpamakan seorang yang berada pada kedudukan terlalu di tepi, seorang yg tidak mengharapkan lebih melainkan diberi sedikit bahagian/ruang untuk dirinya.

Maista kalamaie, saiyani & isuk... Saya maksudkan sebagai seorang yg akan memperkatakan tentang sesuatu perkara pada masa lalu, masa kini & masa yg akan datang.